Latar belakang Choco no Dorei

Single ini dilancarkan empat bulan selepas single sebelumnya, "Kiss Datte Hidarikiki". Single ini dikeluarkan dalam empat jenis: TYPE-A, TYPE-B, TYPE-C, dan Edisi Teater. Meskipun mengandungi lagu-lagu yang sama, gambar sampul Edisi Terhad TYPE-A, TYPE-B dan TYPE-C berbeza dari gambar sampul Edisi Biasa TYPE-A, TYPE-B dan TYPE-C. Edisi Terhad mengandungi kupon yang boleh ditukarkan dengan tiket acara bersalaman seluruh Jepun, ditambah sekeping kad tukar asli mempunyai 16 jenis kad tukar yang dihasilkan.

Anggota yang disertai dalam single ini berbeza dari single-single sebelumnya yang hanya segelintir anggota SKE48 menjadi senbatsu, Shirogumi dan Akagumi. Selain kelompok senbatsu sebagai penyanyi lagu utama, segelintir anggota telah dibahagikan beberapa kumpulan iaitu kumpulan Seven Dancers, 14 Carat, Shirogumi, Akagumi, dan Tabidachi Sotsugyougumi. Kelima kelompok yang disebut tidak melibatkan Suga Nanako, Mukaida Manatsu, Kimoto Kanon, dan Kitahara Rie. Kumpulan Tabidachi Sotsugyougumi menyanyikan lagu "Sore wo Seishun to Yobu Hi" dianggotai sembilan anggota SKE48 diumumkan bahawa mereka akan graduasi.

Single ini merupakan kemunculan pertama dan terakhir kepada Kitahara Rie. Dan juga kemunculan terakhir untuk anggota SKE48 yang akan graduasi iaitu Yagami Kumi, Kuwabara Mizuki, Takada Shiori, Hiramatsu Kanako, Akaeda Ririna, Ogiso Shiori, Hata Sawako, Ueno Kasumi, Hara Minami dan Kobayashi Emiri.

Rujukan

WikiPedia: Choco no Dorei http://www.ske48.co.jp/discography/?id=219&select=... http://www.ske48.co.jp/discography/?id=219&select=... http://www.ske48.co.jp/discography/?id=219&select=... http://www.ske48.co.jp/discography/?id=219&select=... http://www.ske48.co.jp/discography/?id=219&select=... http://www.ske48.co.jp/discography/?id=219&select=... http://www.ske48.co.jp/discography/?id=219&select=... http://www.ske48.co.jp/discography/?id=219&select=... https://www.youtube.com/watch?v=4XhDYF2H994 https://www.youtube.com/watch?v=Cu_jVA3B82Y